Jam 6.30 petang
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak
jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak
dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah
tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah
tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak
ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana
Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati
Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu
anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di
depan pintu.
Mereka
akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main
bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik.
Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap
ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah
berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana
sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak
akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari
jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum
berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi
Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari
berjalan.
Sampai
di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap
bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap
kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap
repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat
lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil
dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak
kalau Mak lakukannya.
Lima
buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka
warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa
naik kereta anak Mak yang ini.
Baju
mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam
Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak
letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh
koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak
suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun
raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa
menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata
kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci
kamu ni."
Sekurang-kurangnya
itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira
menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka
berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak
akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu
sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas
Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan
kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati
anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah
temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan
anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu.
Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah
tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak
Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung
masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah
tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab,
"Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua
tak berangkat."
Mak
minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik
sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di
hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.
Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta
barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak
tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat
saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah
sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak
merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih
ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak
faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati
sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam
isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa
kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak
boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang
selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak
semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak
pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di
bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak
dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit
tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak
tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana
Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu
dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan
jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap
waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati
anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah
sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik , " Mana mak ?" "
Kereta
merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang
dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak
untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata
Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh
bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci
buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah
tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun
soalan " Mana Mak? " masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.
Sebuah
cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan
ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila
tua dilambung rasa . Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari
ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan
dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila
ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon
panggilan dari ibu tanpa berjawab?
sementara masih ada mak...sayangilah mereka dan hormati mereka..SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU
copy dari sini
copy dari sini
17 comments:
makkkkkkkkkkk .....
jangan sampai dah terlambat baru nak tnye mane mak??
hargai la jasa seorang ibu...
sedihnya kisah ni.
jgn lupa asal usul dan keturunan... Berbaktilah terhadap orang sementara masih diberikan kesempatan...
sedihnya. sobs. T___T
sedih~~~
sob..sob..
ibu...
pnjgnnya..
umi... tak prnah x angkat klu umi call
cubalah sayang mak lebih dari segalanya.... berbaloi kan?
itulah, sifat manusia, bila dah tiada, baru terasa...ibu adalah segalanya bagi kita, sayangi mereka selalu
umi aku nak pergi haji lusa
mimi : :(
ieyla : ye..jgn smpai dh xd bru nk sebok2 cari
anamarza : ye..ibu lahh org plg bejase dgn kite
umie : ye..sgt sedey T_T
khaifaiz : ye..betol 2
lea : kaklimah p0n sedey :(
shafiq : memg sedey cite ni :(
hj : cpt2 c0l ibu
zuan : bgs2..jgn bg umi tgu lame2 kalo dye c0l
msred : ye msred..teramat sgt berbaloi :)
kak yatie : betol 2..mcm 2 laa mnsia..pdhal, ibu lahhh yg lahirkan dan jage dr kecik smpai besa
jiji : ohhhh..kaklimah doakan dye slmt g n slmt pulang ^_^
sedeh wehhhhhhhhhhhh....
run away : sabiaq2..jgn nanges tau :)
:( mak saya dah takde.. semoga dia ditempatkan dlam kalangan org2 beriman... rindunyer...
biqa : mak kaklimah p0n dh pergi..semoga mak kite ditempatkan di kalangan org beriman..alfatihah utk mereka..rindu juge pd ma kaklimah :(
Post a Comment